suria

Mayat Seorang Dari Empat Beradik Ditemui

KUCHING: Mayat seorang daripada empat orang adik beradik yang terjatuh ke dalam Sungai Rejang dekat Sungai Labaan, Sibu pada Ahad lalu disahkan mati lemas.

Mayat Wong Sie Sang, 10 tahun, ditemui oleh pasukan penyelamat dekat Sungai Labaan, 20 minit daripada tempat kejadian, tengah hari tadi.

Ibu bapa mangsa telah mengenal pasti mayat mereka di rumah mayat Hospital Sibu. Sie Sang adalah anak kedua dari empat adik beradik.

Pencarian yang melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ahli keluarga diteruskan untuk mencari tiga lagi mangsa yang dikhuatiri lemas - Sie Kong, 12, Sie Hou, 8, dan Sie See, 6.

Pada kejadian petang Ahad itu, empat beradik terbabit dan ibu bapa mereka sedang mencari siput di tepi sungai apabila mereka secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai dan dibawa arus.

Semasa sedang meranduk kawasan cetek, keempat-empat beradik itu dan ibu mereka dengan tidak sengaja memasuki kawasan pasir jerlus dan mula tenggelam.

Semasa Yew Tong cuba menyelamatkan isterinya, keempat-empat anak mereka tiba-tiba hilang daripada pandangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain