JPA Umum Pelantikan Tiga Pegawai Kanan Baru KPWKM - Semasa | mStar

JPA Umum Pelantikan Tiga Pegawai Kanan Baru KPWKM

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Norhayati Sulaiman dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu mulai 19 Disember lalu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pelantikan Norhayati adalah bagi menggantikan Tan Sri Faizah Mohd. Tahir yang tamat perkhidmatannya secara kontrak pada 18 Disember lalu.

Ismail berkata, Norhayati, 57, yang memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 18 Ogos 1975, berpengalaman luas dalam bidang perancangan dan pentadbiran awam.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPWKM pada 27 Mac 2004, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Ekonomi Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ismail tutut mengumumkan kenaikan pangkat Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM, Datuk Noorul Ainur Mohd Nur menggantikan Norhayati mulai tarikh yang sama.

Noorul, 53, telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama lebih 21 tahun mulai 12 Januari 1988.

Beliau yang berkelulusan Doktor Falsafah Sains Politik dari City University of New York pernah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan 1 di Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat.

Selain itu, Ismail turut mengumumkan pelantikan Pengarah Seksyen Amalan Perdagangan, Bahagian Perkhidmatan dan Amalan Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Wan Hasmah Wan Mohd menggantikan Noorul.

Wan Hasmah, 55, dilantik ke jawatan berkenaan berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya dalam Perkhidmatan Awam selama lebih 25 tahun sejak tahun 1984.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain