suria

Najib Pulang Dari Copenhagen, Denmark

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di tanah air hari ini, selepas menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark.

Pesawat yang membawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 12.35 tengahari.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada persidangan itu, Najib turut mengumumkan persetujuan Malaysia bagi membantu menangani kesan-kesan pemanasan global dengan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding tahap pada tahun 2005, bergantung kepada bantuan negara-negara maju.

Menurut satu laporan PBB, pengeluaran karbon oleh Malaysia pada 2006 adalah sebanyak 187 juta tan atau 7.2 tan daripada setiap rakyat Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain