suria

Tenggiling Bernilai RM40,000 Dirampas, Dua Lelaki Ditahan

Anggota polis memeriksa keadaan seekor tenggiling yang diisi di dalam karung di Balai Polis Gambang di sini, semalam. --fotoBERNAMA
Anggota polis memeriksa keadaan seekor tenggiling yang diisi di dalam karung di Balai Polis Gambang di sini, semalam. --fotoBERNAMA
Anggota polis memeriksa keadaan seekor tenggiling yang diisi di dalam karung di Balai Polis Gambang di sini, semalam. --fotoBERNAMA

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan polis merampas 130 ekor tenggiling dalam serbuan terhadap dua buah kereta di tanah perkuburan Cina, Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam.

Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, turut ditahan dalam operasi bersepadu pada 11 pagi itu adalah dua lelaki berusia 21 dan 32 tahun.

Katanya, seorang wanita berusia 20-an dipercayai isteri salah seorang suspek dan tiga anak mereka berusia dua hingga tujuh tahun yang berada dalam salah sebuah kereta itu bagaimanapun tidak ditahan.

Khairiah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan itu sejak lebih setahun lalu dan hanya beroperasi pada hari Jumaat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, kedua-dua lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 64(2)(A) Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 kerana memiliki 130 ekor tenggiling bernilai RM40,000 itu tanpa permit.

"Kawasan perkuburan itu dipercayai dijadikan tempat transit sebelum haiwan tersebut dibawa ke Johor untuk diseludup ke luar negara seperti China, Jepun dan Hong Kong," katanya.

Beliau berkata, seekor tenggiling boleh dijual kira-kira RM100 sekilogram dan ia mendapat permintaan tinggi di negara-negara Asia tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain