suria

Perkasa Tubuh Kelab Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tahun Depan

SERI ISKANDAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Kelab Perkasa khusus buat penuntut Malaysia menuntut di luar negara mulai tahun depan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kelab itu akan dimulakan selepas Perkasa mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan pada Mac 2010.

"Selepas itu Kelab Perkasa akan ditubuhkan di United Kingdom, Mesir, dan Indonesia, yang kemungkinan akan berpusat di Bandung dan di Melbourne, Australia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Perkasa Negeri Perak di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak di sini hari ini yang disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ketika ini Perkasa sedang menumpukan penubuhannya di peringkat negeri yang bakal melibatkan pelancaran di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka selepas pelancaran di Perak. - BERNAMA

Artikel Lain