suria

Penerbangan Phuket-Haadyai-Langkawi Tingkat Kerjasama

SELAMAT DATANG ... Shazryl Eskay Abdullah (tiga, kanan) bergambar kenangan dengan rombongan Thailand selepas menyambut ketibaan Timbalan Gabenor Wilayah Phanga, Woraproj Rotthasima dari penerbangan pertama Phuket-Hadyaai-Langkawi di lapangan terbang antarabangsa Langkawi di sini, hari ini. - fotoBERNAMA

LANGKAWI: Penerbangan Phuket-Hadyaai-Langkawi yang bermula hari ini membuka laluan baru bagi meningkatkan kerjasama dan menjimat masa perjalanan dari Thailand untuk ke pulau bebas cukai itu.

Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, menerusi penerbangan itu, para pelancong hanya mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke destinasi berkenaan untuk tinggal lebih lama.

"Sebelum ini, pelancong terpaksa mengambil masa tujuh jam untuk melakukan perjalanan dari Phuket ke Hadyaai dengan penerbangan, kemudian ke Satun menerusi bas dan menaiki feri untuk sampai ke Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media ketika menyambut penerbangan pertama pesawat Happy Air Travelling Phuket-Hadyaai-Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Pesawat itu mendarat 11.20 pagi ini membawa 33 penumpang termasuk media Thailand diketuai Timbalan Gabenor Wilayah Phanga, Woraproj Rotthasima.

Rombongan itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, M.Marikumar, Pegawai Daerah Langkawi Bakar Din dan pegawai-pegawai kanan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Shazryl Eskay berkata, penerbangan itu selaras kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Thailand dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva saling berbalas kunjungan.

"Begitu juga lawatan Puteri Thailand ke Langkawi tahun lepas yang mendapat liputan meluas media di Thailand yang sekali gus mempromosi pulau peranginan ini," katanya.

Beliau yakin bukan sahaja pelancong asing akan menggunakan penerbangan itu, malah rakyat Thailand akan turut berkunjung ke Langkawi.

Beliau menjangkakan 200,000 pelancong Thailand dan asing akan melawat Langkawi sepanjang tahun depan menerusi perkhidmatan feri dari Satun, Kuala Perlis dan Kuala Kedah serta penerbangan udara.

Langkawi mempunyai keunikan dengan tarikan baru seperti Langkawi Geopark, bukit-bukau, kereta kabel dan pusat beli-belah yang boleh menjadi tarikan pelancong.

Happy Air Travelling mengadakan tiga penerbangan seminggu ke Langkawi pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain