suria

Empat Dasar PR Lebih Meyakinkan Rakyat - Zaid

SHAH ALAM: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yakin empat dasar yang dibentangkan dan diluluskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pertama hari ini lebih meyakinkan rakyat.

Dasar-dasar tersebut ialah demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan serta hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.

"Bagi saya, dasar hari ini jelas dari segi komitmen dan penyatuan parti-parti PR.

"Ia memberi lebih keyakinan kepada rakyat bahawa kita bukan sahaja menjadi parti pembangkang," katanya.

Beliau ditemui selepas sidang akhbar Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Dalam pada itu, Zaid secara keseluruhannya, berpuas hati dengan cadangan-cadangan awal yang termaktub dalam empat dasar PR itu.

"Malah dari soal pilihan raya majlis bandaran, tak ada penolakan. Cuma kita perlu teliti mekanisme itu.

"Mekanisme itu jika tidak dibuat betul-betul akan menjejaskan proses itu sendiri. Jadi tak ada masalah," katanya.

Artikel Lain