suria

Cheng Guan Sertai PCM

BUTTERWORTH: Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan, hari ini berkata, beliau secara rasmi menjadi ahli Parti Cinta Malaysia (PCM).

Beliau yang juga bekas naib presiden Gerakan berkata, beliau kecewa kerana "parti itu tidak berani untuk menarik balik penggantungannya."

Rabu lepas, Cheng Guan mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada Gerakan dengan menyatakan tindakan itu diambil kerana beliau mendengar ura-ura akan dipecat daripada parti itu.

Huan sebelum ini digantung tiga tahun daripada parti bermula 29 Jun lalu kerana tidak sependapat dengan pemimpin Gerakan berhubung kekalahan parti itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain