suria

Tidak perlu Mahkamah Khas Ganti ISA

SHAH ALAM: Cadangan penubuhan Mahkamah Khas bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan adalah tidak perlu kerana sudah wujud Lembaga Penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pengerusi Lembaga Penasihat JPM, Datuk Zaini Abd Rahman berkata, ia tidak perlu kerana hakikatnya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan pada 1960 hakikatnya adalah sebuah Mahkamah Khas untuk undang-undang pencegahan ISA dan dua lagi akta, Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan juga Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas-LLPK) 1985.

"Jadi penulis macam Dr Chandra Muzaffar, Mat Nor Abdullah dan lain-lain lagi sebenarnya dia orang tak tahu, dia orang tak pernah buat kajian mendalam untuk mengetahui dan mengenali apa itu Lembaga Penasihat.

"Kalau dia tengok Lembaga Penasihat adalah sebuah mahkamah, cuma prosiding kita tertutup disebabkan elemen keselamatan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian seminar memasyarakatkan Lembaga Penasihat JPM oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong di sini, semalam.

Beliau berkata, demikian selepas ditanya mengenai cadangan itu yang datang daripada penganalisis politik itu dan dilaporkan media pada 22 September lalu.

Lembaga Penasihat JPM ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan dan keanggotaannya terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain