suria

PM Doa Malaysia Juarai Bola Sepak Sukan SEA

COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap skuad bola sepak kebangsaan yang akan beraksi pada perlawanan akhir Sukan Sea Laos hari ini akan bermain bersungguh-sungguh dengan semangat 1Malaysia untuk memperoleh pingat emas.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu penting bagi rakyat Malaysia yang menantikan kemenangan setelah kali terakhir Malaysia menjadi juara 20 tahun lalu.

"Saya berdoa pasukan Malaysia akan mencapai kejayaan dan saya percaya setiap rakyat Malaysia juga akan berdoa akan kejayaan pasukan kita," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri jamuan makan malam bersama rakyat Malaysia di sini malam tadi.

Malaysia akan bertemu Vietnam bagi menentukan juara Sukan Sea petang ini.

Sebelum ke perlawanan akhir, Malaysia kalah kepada Vietnam 3-1 tetapi mengejutkan juara bertahan Thailand 2-1 pada peringkat kumpulan sebelum menundukkan tuan rumah Laos 3-1 pada perlawanan separuh akhir.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai perubahan iklim yang berakhir esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain