suria

Perlaksanaan GST Tidak Membebankan, Kata Shafie Apdal

SEMPORNA: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai pertengahan tahun 2011 tidak akan membebankan rakyat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, pendekatan GST itu sudah diamalkan di seluruh dunia, dan perkara itu juga sudah dibincangkan dengan terperinci beberapa kali sebelum diputuskan untuk dilaksanakan dalam negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada 116 keluarga mangsa kebakaran Kg Air, di Dewan Masyarakat Semporna dekat sini.

Dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni semasa membacakan rang undang-undang mengenai GST berkata, perlaksanaannya berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga dalam negara dengan penjimatan tahunan RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan, dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain