suria

Orang Ramai Dinasihat Jangan Sertai Demonstrasi Haram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menerima banyak maklumat mengenai terdapatnya pemimpin-pemimpin parti politik dan badan bukan kerajaan (NG0) tertentu yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan dan forum.

"Polis Selangor tidak akan memberikan sebarang permit ke atas penganjuran majlis tersebut. Saya menasihatkan parti-parti politik dan NGO supaya tidak meneruskan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi dan forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat sama kerana polis sudah bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan haram seperti itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain