suria

MAIWP Belanja RM1.231 Juta Bantu Mangsa Musibah

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.231 juta telah dibelanjakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang tahun ini bagi membantu mangsa yang mengalami pelbagai musibah di dalam dan luar negara menerusi skim bantuan musibah Baitulmal MAIWP.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C Mohd berkata, skim bantuan itu meliputi mangsa yang terkena musibah akibat banjir, tanah runtuh, kebakaran dan kerosakan harta benda akibat ribut.

"MAIWP telah membelanjakan kira-kira RM960,000 bagi membantu mangsa-mangsa di dalam negara manakala bantuan sebanyak RM8,000 telah dihulurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran di sebuah kampung di Phnom Penh, Kemboja dan RM23,000 telah diberikan kepada pelarian di Palestin," katanya selepas menyerahkan bantuan baitulmal kepada sembilan orang yang menghadapi musibah banjir dan kebakaran bagi kawasan Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau optimis sasaran yang diletakkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk mengutip RM230 juta pada tahun ini tercapai.

"Sehingga kini PPZ berjaya membuat kutipan sejumlah RM202 juta dan kita percaya mampu mengutip baki RM28 juta lagi dalam tempoh dua minggu ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain