suria

Lima Pelatih Larikan Diri Dari Puspen

KANGAR: Lima pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang dekat sini melarikan diri dari pusat itu awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian disedari berlaku pukul 5.30 pagi ketika rondaan dari bilik ke bilik dilakukan oleh kakitangan pusat itu.

Katanya, semasa rondaan itu, kakitangan Puspes mendapati mereka yang ditempatkan dalam satu bilik itu telah tiada.

Siasatan kemudiannya mendapati pagar halangan berhampiran bilik itu telah dipotong untuk membolehkan mereka melarikan diri.

Gerakan mengesan mereka dilakukan polis sebaik menerima laporan kes itu manakala kakitangan Puspen dan penduduk tempatan turut membantu.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya melaporkan kepada polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain