Kereta Terbakar, ADUNTioman Sekeluarga Cedera Ringan - Semasa | mStar

Kereta Terbakar, ADUNTioman Sekeluarga Cedera Ringan

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat Pekan, semalam.

Isterinya, Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail,9, Amirah Balqis,7, Mohd Mikail,6, dan Mohd Atid sembilan bulan serta anak saudaranya, Mohd Harun Hamili,8, turut mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahaya berkata, mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar daripada kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya.

Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara mara yang turut berkonvoi dan di hantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes Ah Long Menurun Sejak KDN Isytihar Perang

Artikel Berkaitan

default image

LPKP Cadang Wujud Sistem Profil Pemandu

Lebih Artikel

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey