suria

Perjanjian Konsortium Felda, Felcra, Risda Dimeterai Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Perjanjian persefahaman mengenai konsortium antara Felda, Felcra dan Risda dijangka akan dimeterai pada awal Januari depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan antara tiga agensi berkenaan yang dipandu oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan projek pertanian berimpak tinggi.

"Ketiga-tiga agensi ini bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian persefahaman dan mengadakan kerjasama pintar bagi meneroka bidang yang terlibat," katanya menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Nor Hayati ingin tahu agenda Felda menjadi gedung makanan negara dan penubuhan konsortium antara tiga agensi itu bagi menjalankan projek pertanian berimpak tinggi.

Ahmad berkata antara program yang melibatkan konsortium ini ialah mengeluarkan benihbenih sawit dan getah yang bermutu tinggi, pengeluaran baja atau racun serta import pertanian selain boleh bersamasama melaksanakan program Gedung Makanan Negara oleh Felda.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain