suria

Pengusaha Stesen Minyak Ingkar Dikenakan Tindakan

BUKIT KAYU HITAM: Seorang pengusaha stesen minyak di sini menjadi peniaga pertama dikenakan tindakan pada hari pertama larangan menjual minyak tidak lebih 20 liter kepada kenderaan asing dalam kawasan 50 kilometer dari sempadan yang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Kedah (KPDNKK), Suhaimi Mat Sari berkata, peniaga itu didapati kehabisan minyak yang melanggar syarat lesen dan selaras Peraturan 12 (A) Akta Kawalan Bekalan 1974.

"Seorang lagi peruncit di sini diberi amaran kerana membeli diesel melebihi 20 liter tanpa surat kebenaran," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan dan pemeriksaan di Kompleks Imigresen dan Kastam Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Suhaimi berkata, selain Bukit Kayu Hitam, pihaknya juga mempertingkatkan kawalan di dua lagi pintu sempadan masuk ke Kedah iaitu di Durian Burong dan Betong, Baling.

"Pemeriksaan rapi dibuat ke atas kenderaan asing seperti lori kargo, lori dan kereta yang kerap berulang-alik di sempadan. Pemeriksaan ini termasuk melihat tangki yang mungkin diubah suai," katanya.

Katanya, seramai 50 pegawai KPPDNKK termasuk anggota Pasukan Ronda Stesen kini membuat pemeriksaan rapi terhadap 119 stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan untuk memastikan penguatkuasaan larangan itu dipatuhi.

Sepanjang minggu lepas, KPPDNKK Kedah menahan dua lelaki rakyat Thailand dan menyita lori pikap mereka serta merampas 478 liter minyak diesel yang cuba diseludup ke negara itu.

Sementara itu, hasil tinjauan mendapati, orang ramai di sempadan menyambut baik penguatkuasaan larangan itu dan berpendapat minyak bersubsidi wajar dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain