suria

Laporan Siasatan Stadium Runtuh Belum Diterima: Ahmad

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu masih menunggu laporan siasatan kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun lepas.

"Saya dimaklumkan laporan siasatan mengenai kejadian itu sudah siap dan telah dibawa ke Kabinet. Bagaimanapun kerajaan negeri belum menerima sebarang maklumat sehingga ini," kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini, Ahmad berkata kerajaan negeri perlu melihat terlebih dahulu laporan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undangundang.

"Kita mahu laporan itu betul-betul kukuh kerana apabila dibawa ke mahkamah, kita ingin pastikan kita boleh menang sebab ia melibatkan teknikal dan banyak pandangan," katanya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, yang menjadi gelanggang Sukan Malaysia (Sukma) ke 12 tahun lepas, runtuh di bahagian bumbung utama dan sehingga ini ia belum dibaik pulih. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain