suria

Keyakinan Pengguna KTMB Bertambah Dengan ETS

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri ong Tee Keat (tengah) menerima cenderamata daripada Pengerusi KTMB, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sempena pelancaran Set Tren Elektrik (ETS) yang pertama dari Korea Selatan, Semalam. Turut kelihatan, Presiden KTMB, Dr Aminudin Adnan. KTMB yakin akan menempa zaman kegemilangannya dengan kehadiran ETS.

KUALA LUMPUR: Pembelian Set Tren Elektrik (ETS) dari Korea Selatan melambangkan kemajuan dalam era Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang perkhidmatannya sudah menjangkau 125 tahun, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB), Abdul Razak Md Hassan.

Beliau berkata, kesatuan itu percaya KTMB akan menempa zaman kegemilangannya dengan kehadiran ETS yang seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk pengangkutan awam khususnya melalui KTMB.

"Seluruh warga KTMB amat berbangga dan bersedia untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada penumpang khususnya rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas perkhidmatan tren elektrik untuk perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban, yang dijadual bermula April depan, berikutan ketibaan unit pertama ETS semalam.

Tren terpantas yang dimiliki oleh KTM Berhad dengan kelajuan maksimum 140 kilometer sejam akan memendekkan tempoh perjalanan antara Ipoh dan Kuala Lumpur kepada satu jam 55 minit berbanding pada masa ini dua jam 50 minit dengan perkhidmatan shuttle Ipoh-Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain