suria

Kementerian Utamakan Kandungan Siaran Tempatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui dasar dan peraturan sedia ada di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen-stesen televisyen swasta, Finas dan Filem Negara sentiasa memastikan kandungan siaran tempatan diutamakan.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Joseph Salang berkata, dasar dan peraturan sedia ada itu memastikan tayangan kandungankandungan import dikurangkan dari semasa ke semasa.

"Kementerian ini melalui RTM mengamalkan dasar 80 peratus siaran adalah kandungan tempatan dan selebihnya hanya 20 peratus siaran diisi dengan kandungan luar negara.

"Bagi stesen televisyen swasta pula, syarat khas lesen menetapkan 60 peratus kandungan siaran dalam Bahasa Melayu dan 60 peratus daripada kandungan selain daripada Bahasa Melayu hendaklah kandungan tempatan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Azizah Abdul Samad pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Joseph berkata, pihak pemegang lesen dikehendaki menyiarkan kandungan tempatan yang mempromosikan budaya dan identiti kebangsaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain