suria

KBS Disaran Wujudkan Dewan Belia

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran mewujudkan dewan di luar bandar khas untuk golongan belia menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan mereka terbabit dalam kegiatan tidak sihat, persidangan Dewan Negara diberitahu di sini hari ini.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kementerian itu tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada pembangunan sukan tetapi juga pembangunan belia yang akan memastikan masa depan negara terus membangun dan maju.

Beliau berkata, ramai marah dengan sesetengah belia terutama di luar bandar kerana mereka melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral seperti mat rempit dan dadah namun hakikatnya golongan berkenaan harus diberi peluang dan kemudahan untuk menjadi belia yang berguna dan maju.

"Saya pernah tanya mat rempit kenapa mereka naik motor merempit, mereka jawab mana lagi tempat nak berlumba. Turunlah padang, kalau buat majlis di hotelhotel di mana beratusratus belia ni nak duduk, bagaimana mereka nak beri pandangan dan luahkan keluhan mereka.

"Kumpulkan semua belia daripada semua kaum dan buatkan aktiviti yang menepati kehendak mereka, sudah tentu mereka tidak akan ke manamana", katanya ketika membahaskan Rang UndangUndang Perbekalan 2010 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain