suria

Enam Projek NCER Dilaksanakan Di Perlis

KANGAR: Sebanyak enam projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang dibangunkan di Perlis bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperuntukkan sebanyak RM291.54 juta bagi melaksanakan projek dalam sektor berpotensi termasuk pertanian, pelancongan, infrastuktur, pembangunan sosial, pembuatan dan prkhidmatan korporat.

"Sehingga 30 November lalu, enam projek bernilai RM113.4 juta sedang dalam pelaksanaan iaitu depot pelepasan darat di Padang Besar bernilai RM28 juta, projek menaik taraf jeti feri Kuala Perlis, RM15 juta dan projek Taman Teknologi Tinggi Pauh RM50 juta.

"Turut disenaraikan sebagai projek dalam pelaksanaan ialah projek Edu CitiTel di Arau (RM4 juta), projek infrastruktur kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebanyak RM13.9 juta dan program peningkatan hasil padi kawasan MADA (RM2.5 juta)," katanya semasa menjawab soalan Hashim Jasin (PAS Sanglang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Mengenai status Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai NCER, beliau berkata, bekas Menteri Besar Perlis itu masih lagi berkhidmat dengan tugas itu.

Kepada soalan Rus'sele Eizan (PAS Simpang Empat), Menteri Besar memberitahu, sebanyak RM3.013 juta dibelanjakan untuk Skim Baucer Tuisyen bagi tahun 2009 yang meliputi tuntutan bayaran guru, utiliti dan makanan.

Menurut beliau, pelaksanaan kelas tersebut dirancang oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian sekolah dan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

"Setiap mata pelajaran diperuntukan antara empat hingga lapan jam dalam sebulan bagi tempoh sembilan bulan dalam tahun persekolahan semasa.

"Skim ini memberi tumpuan terhadap pelajarpelajar yang lemah dalam subjeksubjek utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik," kata Md Isa.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain