suria

Usul Jawatankuasa Siasat Aduan Wee Chee Keong Dibentang Esok

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan membawa satu usul esok agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat aduan anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung satu perbuatan menghina majlis yang didakwa berlaku di lobi Parlimen 7 Disember lepas.

Mengikut satu pemberitahu usul yang diedarkan hari ini, Mohamed Nazri akan mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, majlis telah mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

Mohamed Nazri turut mencadangkan agar jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Ronald Kiandee sebagai timbalannya.

Selain itu, tujuh nama lain yang dicadangkan sebagai anggota jawatankuasa berkenaan ialah Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R.Sivarasa (PKRSubang), Lim Kit Siang (DAPIpoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PASTumpat). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain