suria

Trulli, Kovalainen dan Fairuz sedia buat kejutan

KUALA LUMPUR: Tiga pemandu pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) yang diumumkan hari ini bersemangat tinggi untuk membawa cabaran negara pada musim perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan.

Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan pemandu negara Fairuz Fauzy yakin terhadap persiapan serta jentera baru Lotus pada tahun depan.

Ketika bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Trulli yang juga bekas pemandu pasukan Toyota menganggap memandu jentera Lotus merupakan penghormatan baginya.

"Sebelum membuat keputusan untuk mewakili Lotus, saya mempunyai pilihan antara untuk terima atau tolak. Perkara pertama yang saya buat ialah melawat kilang Lotus.

"Semasa di sana, saya lebih mengetahui perancangan yang dibuat serta mengenali pasukan di sebalik projek ini. Saya telah melihat reka bentuk, lakaran dan lain-lain.

"Kemudian saya ada berbincang dengan Tony Fernandes (prinsipal pasukan Lotus) yang berjaya meyakinkan saya," katanya.

Trulli menambah, sebagai pasukan baru dalam F1, dia sedar mereka bakal berdepan dengan cabaran yang sukar.

"Pun begitu, saya berasa bertuah dapat berlumba dengan pasukan Lotus. Saya sedar ia adalan pasukan yang diwujudkan kerana rakyatnya amat berminat terhadap F1," ujarnya.

Sementara itu, Kovalainen memberitahu, dia komited dan bersedia berhadapan bahagian pertama musim baru F1 berdasarkan ketelitian perancang projek dan pasukan pengeluar yang kukuh.

Katanya yang juga bekas bekas pemandu McLarens, dia turut teruja, dan bersemangat untuk mewakili pasukan baru itu musim depan.

"Kami dah bersedia. kami menjangkakan kesukaran pada beberapa minggu atau bulan-bulan awal. Saya yakin kita boleh terus maju pada masa depan. Dan ini adalah sesuatu yang agak menggalakkan," jelas pemandu kelahiran Finland itu.

Dalam pada itu, Fairuz berkata, dia tidak berasa terkilan dilantik sebagai pemandu simpanan.

Sebaliknya, setiap pelumba hebat hari ini bermula sebagai pemandu simpanan terlebih dahulu, jelasnya.

"Saya gembira diberi peluang oleh kerajaan dan Tony untuk berlumba di bawah nama Lotus F1," katanya yang bercita-cita menjadi pemandu utama dalam tempoh setahun lagi.

Fairuz yakin dia dapat menimba pengalaman daripada dua pemandu hebat pasukannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain