suria

Pemaju Dan Kontraktor Didenda Kerana Ceroboh Logi IWK

PUTRAJAYA: Perbuatan sebuah syarikat pemaju dan kontraktor bagi pengubahsuaian sebuah hotel yang menceroboh loji rawatan kumbahan akhirnya menerima padah apabila mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kajang yang bersidang di Putrajaya.

Majistret Faizal @ Amrin Noor Hadi mendenda syarikat kontraktor Binastra Construction (M) Sdn Bhd sebanyak RM5,000 atau tiga bulan penjara manakala syarikat pemaju Resort Villa Development Sdn Bhd pula didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara.

Kedua-dua syarikat itu mengaku bersalah menceroboh kawasan stesen pengepam kumbahan dan tempat rawatan kumbahan bagi sistem pembetungan awam milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di loji rawatan IWK, IOI Resort di sini antara 10 Mei hingga 28 Mei 2008.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 122(d) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain