suria

Kadar Jenayah Di Kedah Turun 2.59 Peratus

ALOR SETAR: Indeks kadar jenayahn Kedah menurun sebanyak 2.59 peratus bagi tempoh kajian Januari hingga November 2009 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata bagi tempoh Januari hingga November 2009, indeks kadar jenayah negeri itu mencatat 12,435 kes berbanding 12,765 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu menurun sebanyak 330 kes.

"Jenayah harta benda mencatatkan penurunan sebanyak 417 kes iaitu 10,099 kes bagi tempoh Januari hingga November 2009 berbanding dengan 10,516 pada tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata kadar jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes atau 3.87 peratus.

"Dalam tempoh itu tahun lepas, sebanyak 2,249 kes jenayah kekerasan dilapor tetapi tahun ini ia meningkat kepada 2,336 kes," katanya ketika berucap pada Perhimpunan

Bulanan dan Penyampaian Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Balai Polis Cemerlang Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan trend jenayah semasa, polis Kontijen Kedah akan menumpukan perhatian pencegahan jenayah di lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Baling. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain