suria

Guru Cabul Murid Dihadapkan Ke Mahkamah

NIBONG TEBAL: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan yang berumur lapan tahun.

Anuar Sha'ari, 47, dituduh melakukan melakukan kesalahan itu di kelas muzik di sebuah sekolah rendah di Jawi di antara pukul 3 hingga 4 petang pada 17 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Wang jaminan itu dibayar bapa mentuanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir manakala tertuduh diwakili peguamnya Sudesh Singh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain