suria

Beberapa Jalan Ditutup Sempena 'KL World Marching Band' Esok

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup esok dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam untuk memberi laluan kepada pertandingan Kuala Lumpur (KL) World Marching Band 2009.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Bukit Bintang bermula susur Jalan Raja Chulan-Jalan Bukit Bintang hingga Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail.

Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail sehingga Jalan Sultan Ismail-Jalan Raja Chulan juga akan ditutup.

Persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail (jalan sebelah kanan) sehingga Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang juga ditutup untuk laluan lalulintas.

Menurut kenyataan Polis Trafik KL hari ini, kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Pertandingan pancaragam itu diadakan buat tahun ketiga dan menarik penyertaan pasukan dari empat benua. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain