suria

Wanita Mati Ditikam Remaja Dalam Pergaduhan

LUMUT: Seorang wanita mati setelah di tikam seorang remaja lelaki dalam pergaduan di sebuah taman perumahan di Segari, di sini malam tadi.

V.Kalarani yang cedera parah di dada, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Manjung. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Shaharuddin Abdullah berkata kejadian pada pukul 9.30 malam itu dilaporkan berpunca apabila bapa suspek bergaduh dengan mangsa yang juga jiran mereka di luar rumah.

Suspek yang marah melihat pergaduhan itu kemudian mengambil sebilah parang lalu menikam dada Kalarani, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa yang melihat kejadian itu kemudian menyerang suspek dan bapanya menyebabkan mereka cedera di tangan dan kepala dan dirawat di Hospital Manjung.

Sehubungan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan bapanya yang berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu. Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain