suria

Imam Terkejut Telur Itik Ganjil

KUALA KRAI: Seorang imam surau di Kampung Pahi, dekat sini, terkejut apabila mendapati seekor itik betina yang dipelihara sejak tujuh bulan lepas mengeluarkan telur ganjil berwarna hitam selain mempunyai gambar berbentuk orang berpakaian jubah putih.

Sim Mamat, 73, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu setelah seekor daripada sepasang itik yang dibelinya di Pasar Sabtu, Kuala Krai sejak tujuh bulan lepas, mula bertelur sebanyak enam biji dan tiga daripadanya berwarna hitam dan tiga lagi berwarna perang.

Menurutnya, beliau hairan bagaimana itik betina mengeluarkan telur berwarna ganjil, seminggu lepas.

"Apa yang memaranjatkan saya, tiga telur itik itu berwarna hitam, tiga lagi berwarna perang, termasuk sebiji daripadannya sudah pecah," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, lebih menghairankan lagi pada kulit telur itu pula terdapat gambar menyerupai lembaga seorang lelaki berpakaian jubah dan gambar wajah seorang wanita dan tulisan Cina. Menurutnya, beliau sudahpun menemui beberapa orang lebih tua untuk mendapat nasihat dan pandangannya berhubung kejadian itu yang menyifatkan kejadian itu sebagai anih.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan isterinya Che Esah Ahmad, 67 tidak akan menjual telur itu kepada sesiapa selain disimpan untuk dijadikan kenangan kerana ia mempunyai nilai estotika yang menakjubkan.

"Biasanya setiap telur itik berwarna putih atau kelihatan sedikit kebiruan apabila seseekor itik itu sudah tua," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain