suria

NGO India Mahu Bahasa Tamil Jadi Subjek Teras Dalam SPM

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bahasa dan kesusasteraan Tamil berharap kerajaan akan menjadikan bahasa itu sebagai salah satu daripada 10 subjek teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pertubuhan yang menamakan diri mereka "Movement For Sustaining SPM 12 Subjects" berharap pihak kerajaan berbincang dengan pakar pendidikan sebelum membuat keputusan mengenai isu 10 subjek teras SPM.

Pengerusinya, A. Thiruvenggadam berkata pertubuhan itu berharap kerajaan akan menimbang untuk menjadikan subjek bahasa Tamil dan kesusasteraan Tamil sebagai subjek teras bagi memudahkan pelajar yang mengambil kedua-dua subjek itu mendapatkan pembiayaan.

Sehubungan itu, NGO berkenaan telah mengadakan forum yang membincangkan tentang nasib pelajar yang mengambil subjek bahasa dan kesusasteraan Tamil sebagai subjek tambahan dalam SPM.

Pada 4 Disember lepas, Kabinet membenarkan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM mengambil dua mata pelajaran tambahan, bagaimanapun keputusan peperiksaan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM

Artikel Lain