suria

Pengarah Kewangan China Maut Kemalangan

KEMALANGAN MAUT... Mayat mendiang Guo Hongbo seorang warga China, terbaring di luar keretanya di Jalan Persiaran Tengku Ampuan di sini, pagi tadi. Guo, pengarah kewangan di sebuah syarikat swasta maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok pada pukul 5.30 pagi tadi. Mayat mendiang dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.-Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Seorang Pengarah Kewangan, warganegara China, maut dalam kemalangan selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya merempuh pembahagi jalan dan beberapa batang pokok tanaman hiasan di Pesiaran Tengku Ampuan, Seksyen 20 di sini, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Che Hussin Omar berkata mangsa, Ho Gong Bo, 31, yang bertugas di sebuah kilang pemprosesan besi di sini, maut akibat cedera parah di kepala kirakira pukul 5.25 pagi tadi.

Beliau berkata Ho dipercayai sedang menikmati sarapan pagi sambil memandu ketika kemalangan itu berlaku berdasarkan beberapa cebisan burger ditemui pada mulut mangsa.

Katanya anggota penyelamat turut menemui resit pembelian yang mencatatkan urus niaga dilakukan kirakira 15 minit sebelum kejadian di sebuah restoran makanan segera yang berhampiran.

"Kita percaya mangsa memandu dengan laju berdasarkan kenderaannya yang rosak teruk dan diklasifikasikan sebagai hilang kawalan langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini untuk dibedah siasat.

Che Hussin berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada majikan mangsa, Ho sudah berkahwin tetapi isterinya berada di China dan telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

"Isteri mangsa akan tiba ke negara ini dalam masa dua hari lagi bagi menuntut mayat mendiang," katanya.

Beliau berkata mangsa mempunyai lesen memandu antarabangsa yang dikeluarkan di Bangladesh pada 2008.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55102222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain