suria

Pemuda Umno Minta Pas Jelaskan Di Mana Silapnya Modul BTN

KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno meminta Dewan Pemuda Pas menjelaskan di mana silapnya modul pendidikan Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan bertentangan dengan syariah Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian berkata perkara itu perlu memandangkan pengharaman dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan setelah memerintah negeri ini hampir 20 tahun.

"Saya mahu pemuda Pas menyertai sendiri dan melihat di mana silapnya modul yang diajar oleh BTN itu, sehingga terikut-ikut sama menolak kursus berkenaan," katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mengharamkan kakitangan kerajaan negeri menyertai kursus BTN.

Semalam Mursyidul Am Pas itu mengarahkan kakitangan Kerajaan negeri itu tidak menyertai kursus anjuran BTN berikutan pengharaman oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain