suria

Pemuda Umno - Golkar Akan Anjur Forum Pemimpin Politik Muda

Khairy bersama wakil daripada Parti Golkar yang diwakili Dolly Kurnia, Taufan E.N Rotorasiko dan Pahlevi Pangerang dalam membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.-Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno dan Pemuda Parti Golkar Indonesia hari ini merancang menganjurkan satu forum komunikasi bagi meningkatkan kerjasama Malaysia-Indonesia.

Untuk tujuan tersebut, sebuah sekretariat akan dibentuk oleh Pemuda Umno dan Golkar, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, berkata forum juga bertujuan memulihkan persefahaman dua hala Malaysia-Indonesia yang sering disensasikan dengan isu hubungan dua hala kebelakangan ini.

Forum yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan bukan sahaja khusus kepada Indonesia dan Malaysia malah membuka penyertaan dari negara lain.

"Forum tersebut membolehkan kita berkongsi pengalaman antara negara untuk mengukuhkan demokrasi dan menggalakkan orang muda terlibat dalam politik.

"Forum ini memberi peluang kepada golongan muda dalam politik dalam menyuarakan pendapat mereka dan bertukar pandangan," ujar Khairi.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan deligasi Parti Golkar ke pejabat Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

Deligasi Parti Golkar diwakili oleh Timbalan Setiausaha Agung Golkar, Dolly Kurnia, Pemimpin Pemuda Golkar, Taufan E.N Rotorasiko dan Wakil Pemuda Golkar, Pahlevi Pangarang.

Selain itu, lawatan tersebut bertujuan meneruskan hubungan baik Umno-Golkar lanjutan daripada lawatan Umno ke Indonesia Oktober lalu.

Perjumpaan hari ini turut membincangkan saluran komunikasi dua hala, Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan dua negara.

"Saya percaya ada pihak yang mencemburui kita bila melihat hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia memandangkan kedua-dua negara ini mempunyai potonesi menguasai ekonomi di rantau Asia Tenggara.

"Kita mahu pihak Indonesia mempunyai saluran komunikasi yang betul untuk dihubungi, contohnya dalam kes-kes yang berlaku di Malaysia, kita tidak mahu mereka hanya mendapat informasi daripada media Indonesia sahaja," ujar Khairy.

Tambahnya, perbincangan lebih tertumpu kepada perkara-perkara positif yang menyatukan generasi muda dua negara dan bukan masalah yang ditimbulkan oleh pihak ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain