suria

Nga Tidak Wajar Persoalkan Pembinaan Masjid : Khusrin

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyifatkan kenyataan Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan pembinaan masjid adalah tidak wajar.

Menurut Khusrin, perkara seperti ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perkara ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana agama Islam berada bawah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

"Sebelum ini tidak ada masalah dan tidak timbul perkara yang mencetuskan keharmonian antara agama di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perlancaran Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor, petang semalam.

Tambah Khusrin lagi, perkara yang mencetuskan kemarahan kaum atau menyentuh sensitiviti perkauman dan agama tidak seharusnya dipertikaikan bagi mengelak perpecahan kaum.

Baru-baru ini, Nga mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan supaya memberi peruntukan lebih kepada rumah ibadat bukan Islam

Nga turut mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain