suria

Mahkamah Benar Tertuduh Kes Bunuh Jalani Pemeriksaan Mental

KANGAR: Seorang penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, dibenarkan menjalani pemeriksaan mental sebelum kesnya disebut semula pada 7 Januari depan.

Majistret M. Mageshwary membenarkan permohonan Mohd Nizam Mohamad, 30, untuk menjalani pemeriksaan tersebut di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Perak, selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mohd Nizam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Nur Azlina Abdullah, berusia 22 bulan, antara pukul 9 pagi dan 12 tengah hari, antara 23 dan 24 November lalu di No.8H, Jalan Tok Dewa, Repoh, di sini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mohd Nizam tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain