suria

Anugerah Media Kepenggunaan 2009 Penghargaan Kepada Media

KUALA LUMPUR: Anugerah Media Kepenggunaan 2009 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam diungguli oleh Kumpulan Utusan Malaysia (M) Berhad apabila merangkul lima daripada sembilan kategori anugerah yang dipertandingkan.

Hadiah utama bagi kategori Anugerah Akhbar Kepenggunaan Terbaik dimenangi oleh Akhbar Kosmo dan Anugerah Wartawan Muda Kepenggunaan dimenangi oleh Zambri Ramli dari Kosmo menerusi artikel "Kesan Kad Kredit dan Gerhana Karya Intelek" sekaligus membawa pulang wang tunai RM2000.

Wartawan Utusan Malaysia, Ardyhanshah Amat pula memenangi Anugerah Wartawan Kepenggunaan Berita Akhbar yang membolehkannya membawa pulang RM4,000, trofi dan sijil.

Artikel "Kuasa Membeli Rakyat semakin mengecil" menerusi wartawan Utusan Karya iaitu Rahaiza Ismail, Nurul Huda Zulkifli dan Norezanawaty Salim memenangi kategori Anugerah Wartawan Kepenggunaan Majalah membawa pulang tunai RM3,000, trofi serta sijil.

Manakala bagi kategori TV, Anugerah Program Kepenggunaan TV Terbaik dimenangi oleh rancangan 1Konsumer terbitan Bernama TV.

Anugerah Wartawan Kepenggunaan TV dimenangi oleh Dua wartawan Bernama TV iaitu Noorsyahirah Paharudin dan Ratinawati Rasidi menerusi program bual bicara bertajuk "Kad Kredit", dan mereka membawa pulang hadiah RM4,000 beserta trofi dan sijil.

Radio 24 Bernama pula memenangi Anugerah Program Kepenggunaan Radio.

Satu lagi anugerah dimenangi oleh Sonia A.Ramachandran dari New Straits Times, bagi kategori Rencana Akhbar Wartawan Kepenggunaan.

Pada malam tersebut turut mengumumkan Anugerah Khas Juri kepada Utusan Melayu (M) Berhad.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucapan perasmian, Ismail berkata anugerah tersebut merupakan penghargaan kementerian terhadap usaha media dalam mengetengahkan isu kepenggunaan kepada masyarakat.

Menurutnya, media turut memainkan peranan kerana berfungsi sebagai saluran bagi menjelaskan secara lebih terperinci mengenai tanggungjawab kementerian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain