suria

Terengganu Diisytihar Bebas Wabak Taun

PETALING JAYA: Terengganu hari ini diisytihar bebas dari wabak taun setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lepas.

Wabak yang melanda Terengganu sejak November lalu kini telahpun berjaya di kawal dan diisytiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, sebanyak 187 kes dikesan dengan satu kematian dilaporkan sejak wabak itu melanda Terengganu bulan lepas.

"Semua kes yang dirawat di hospital telah disahkan sihat dan tiada lagi kes taun yang kini dirawat di hospital.

"Walaupun wabak ini telah tamat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan tindakan kawalan, pencegahan dan pengawasan bagi menggelak ia daripada berulang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Daripada penyiasatan yang dijalankan, jangkitan wabak di Terengganu telah disebarkan kerana pengendali makanan dan orang-ramai kurang mengambil berat tentang penjagaan kebersihan diri dan amalan pengendalian makanan yang selamat.

Artikel Lain