suria

Polis Lumpuhkan Kumpulan Curi Kereta Pacuan Empat Roda

GERIK: Polis melumpuhkan Kumpulan Hassan Budu yang dipercayai terlibat mencuri kenderaan pacuan empat roda.

Dalam operasi sejak bulan lepas, polis menemui semula lapan kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta curi, kata Ketua Polis Gerik Supt Mahad Nor Abdullah.

Katanya empat lelaki berumur antara 31 dan 38 tahun ditahan untuk siasatan.

"Soal siasat mendapati mereka adalah daripada Kumpulan Hassan Budu, yang diketuai Syamsul Bahari Awang Noh yang ditahan polis di Petaling Jaya pada 15 November lepas," katanya pada sidang akhbarnya di sini hari ini.

Mahad Nor berkata polis juga merampas empat parang, pemotong besi, kerambit dan pisau lipat. BERNAMA

Artikel Lain