suria

Reman Pasangan Dera Anak Hingga Mati Dilanjut

KANGAR: Reman ke atas sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam perbuatan mendera bayi perempuan mereka yang berusia 22 bulan sehingga mati dilanjutkan seminggu lagi bagi membolehkan siasatan ke atas mereka diteruskan.

Ketua Polis Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pasangan yang masing-masing berusia 23 tahun itu ditahan pada 27 Nov lalu selepas mendapati terdapat unsur deraan terhadap bayi tersebut.

"Oleh kerana tempoh reman selama tujuh hari berakhir, polis mendapatkan perintah melanjutkan reman terhadap pasangan yang menetap di Repoh ini seminggu lagi bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan," katanya.

Dalam kejadian 26 Nov lalu, kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah ketika menjalani pemeriksaan.

Bayi tersebut dibawa oleh pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu untuk pemeriksaan ekoran bayi itu dikatakan tidak mempunyai selera makan.BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain