suria

Keluarga Sukar Terima Berita Kematian Mangsa Ragut

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd Khadladin, 34, masih sukar menerima berita kematian mengejutnya.

Arwah Abdul Rahman meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh peragut, Isnin lepas.

"Jika lelaki-lelaki bertanggungjawab di atas kematian suami saya ditangkap, mereka patut dihukum gantung sampai mati. Baru saya akan berasa lega," kata isteri arwah Abdul Rahman, Noriha Abdul Rahman, 33, yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Norila, kejadian ragut itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah pusat membeli-belah, menaiki sebuah motorsikal jenis Yamaha Nouvo.

"Tiba-tiba saya terasa tusukan tajam pada leher saya dan terlihat dua lelaki yang menunggang motosikal dari arah belakang sedang menarik rantai leher saya.

"Saya terus menendang mereka. Mereka pula membalas dengan menendang motosikal kami balik. Ketika itu juga salah seorang daripada mereka cuba untuk meragut beg tangan saya.

"Pada masa itu, arwah suami saya tidak dapat mengawal motosikal kami, sebelum merempuh dinding pintu pagar sebuah rumah di persimpangan jalan di Jalan Perkasa 2," jelas Noriha.

Disebabkan kejadian itu, Norila terhumban ke dalam longkang dan sejurus kemudian, terus merangkak naik untuk memastikan keselamatan suaminya.

"Saya bersamanya semasa beliau menghembuskan nafas terakhirnya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.

"Saya sempat minta bantuan daripada orang yang lalu di kawasan itu.

"Namun seorangd ari mereka memaklumkan yang suami saya sudah tidak bernyawa lagi. Saya berasa amat pilu pada saat itu," tambah Norila.

Dalam kejadian itu, Norila mengalami kecederaan di bahagian muka, patah di lengan tangan dan kaki kanan.

Norila, kini bergelar balu, baru menjalani pembedahan untuk memasukkan sebuah rod besi di atas buku lali.

Sementara itu, kakak Abdul Rahman, Halimah Mohd Khadladin, 39, melahirkan rasa marah terhadap penjenayah terbabit.

"Jika saya menangkap mereka, saya akan memukul mereka,” kata Halimah.

Menurut Halimah, abangnya adalah seorang pekerja bertanggungjawab dan rapat dengan keluarganya.

"Abang saya bekerja di hotel yang sama dengan Norila dan saya. Beliau amat disenangi oleh kawan-kawan sekerja.

"Berita kematiannya adalah satu kejutan yang besar untuk kami," jelas Halimah ketika ditemui di rumah mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaya.

Norila berkata beliau bersyukur kerana masih hidup untuk menjaga anak tunggal mereka mereka yang kini berumur satu setengah tahun.

Keputusan bedah siasat menunjukkan yang Abdul Rahman meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan dada. Jenazah selamat dikebumikan di Slim River, Perak, petang semalam.

Ekoran insiden ragut itu, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata tiada penahanan dibuat setakat ini.

Polis masih menjalankan siasatan ke atas kes tersebut dan mengklasifikasi insiden tersebut sebagai kes bunuh.

Artikel Berikut

Artikel Lain