suria

Cuepacs Mohon Imbuhan Tambahan RM500

LANGKAWI: Cuepacs meminta kerajaan menimbang memberi imbuhan tambahan RM500 kepada semua penjawat awam.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs memahami keadaan ekonomi sekarang yang menyebabkan kerajaan tidak dapat memberi bonus tetapi ia berharap kerajaan dapat menambah RM500 lagi kepada imbuhan serupa yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Permintaan tambahan RM500 ini adalah antara yang diputuskan hari ini," katanya pemberita selepas kongres Cuepacs 2009/2010 di sini hari ini.

Kerajaan telahpun mengumumkan bayaran imbuhan RM500 kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk tahun ini.

Omar berkata Cuepacs berharap pemberian tambahan RM500 dibayar menjelang persekolahan tidak lama lagi bagi meringan bebanan kewangan penjawat awam.

"Cuepacs telah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau minta tunggu dulu," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain