suria

Ong Pilih Untuk Berdiam Diri

KULIM: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat memilih untuk mengambil sikap berdiam diri berhubung kemelut dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang lebih teruk.

Beliau berkata sudah terlalu banyak maklumat yang disiarkan media, oleh itu beliau merasakan tidak perlu lagi mengulas apa-apa mengenai isu berkenaan.

"Saya tidak mahu komen apaapa lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan bangunan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Cheng, di sini hari ini.

Terdahulu Ong berkata kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM100,000 buat sekolah itu manakala MCA turut menyumbang RM50,000 khusus untuk pembinaan dewan sekolah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain