Jangan Buat Spekulasi Perletakan Jawatan Sulaiman - Ng Yen Yen - Semasa | mStar

Jangan Buat Spekulasi Perletakan Jawatan Sulaiman - Ng Yen Yen

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini meminta media tidak membuat spekulasi kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sehingga Sulaiman menzahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan kepada Perdana Menteri.

"Itu (pergeseran) spekulasi. Adakah ia datang dari mulut dia (Sulaiman)? Tak ada. Apa pun itu spekulasi dan bukan dari mulut dia," kata Ng ketika ditanya pemberita sama ada benar terdapat pergeseran antara beliau dengan timbalannya itu.

"Spekulasi ni macam-macam jenis, kata saya dengan Azalina (Datuk Seri Azalina Othman Said, bekas Menteri Pelancongan). Ini tidak adil. Selagi tidak keluar dari mulut dia (Sulaiman), jangan buat spekulasi," katanya pada sidang media selepas pelancaran Pesta Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Ng ketika diminta mengulas hasrat timbalannya itu berkata keputusan yang dibuat Sulaiman adalah kehendak peribadinya.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memaklumkan kepada saya bahawa timbalan menteri ada memberi surat kepada beliau dan beliau (Najib) belum lagi membuat keputusan. Apa maksud surat itu, kita tak tahu lah. Ini memang personal. Jadi saya haraplah media jangan buat spekulasi," katanya. Beliau bagaimanapun berkata bahawa selama tujuh bulan bekerjasama di kementerian, hubungan beliau dan Sulaiman adalah baik.

Ketika ditanya sama ada Sulaiman ada memaklumkan mengenai hasratnya itu kepada beliau, Ng berkata: "Tiada..ini personal dialah."

Semalam, Perdana Menteri mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).