suria

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya tiga lelaki dan seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan itu, polis menyerbu sebuah unit kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuchai Lama dan menahan sepasang kekasih bersama seorang rakan lelaki mereka yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Kang Chez Chiang berkata pada mulanya polis menyerbu kondominium terbabit kirakira pukul 12.30 tengah hari selepas mendapat maklumat rumah tersebut menjadi sarang sindiket pembelian barangbarang curi.

Kang berkata bagaimanapun hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemui sejumlah 750 gram dadah Ketamin dan 570 gram Syabu yang bernilai RM135,000 serta wang tunai berjumlah RM1,540 yang dipercayai diperoleh dari aktiviti pengedaran dadah itu.

"Kita turut menemui dan merampas alat-alat timbang, sealer, sejumlah (pembungkus) plastik kecil kosong yang dipercayai digunakan untuk menimbang dan membungkus dadah tersebut sebelum diedarkan ke pasaran Lembah Klang terutamanya di pusat hiburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata polis juga menemui sekeping kad akses ke sebuah unit kondominium berdekatan dan hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut, polis menemui wang tunai berjumlah RM20,000 yang dipercayai hasil dari aktiviti haram itu.

"Kita percaya bagi mengabui mata pihak berkuasa, rumah pertama dijadikan markas operasi bagi membungkus dadah manakala rumah kedua dijadikan tempat tinggal mereka.

"Ketiga-tiga mereka tiada rekod jenayah lampau dan dipercayai aktif kirakira empat bulan lalu.

Ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka negatif dadah," katanya sambil menambah seorang suspek lelaki bekerja di pub dan seorang lagi bookie bola sepak haram.

Ketiga-tiga mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan lain Rabu lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di lobi berdekatan lif sebuah kondominium di Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan merampas sejumlah dadah bernilai RM1,000. "Suspek yang mengedar dadah secara kecil-kecilan ditahan bersama empat ketul ganja seberat 238 gram, satu tiub straw syabu seberat satu gram dan satu paket Ketamin seberat dua gram.

"Suspek yang positif ganja, dikesan terlibat dengan aktiviti itu sejak enam bulan yang lalu.

Suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 Disember hingga 8 Disember depan.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain