suria

Dua Sahabat Maut Dalam Kemalangan

BAGAN SERAI: Dua sahabat terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 122 Jalan Ipoh-Butterworth dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Fauzi Mat Nayan berkata ketika kejadian pada 11.25 pagi, Mohd Alif Haiqal Che Had, 20, dan pemboncengnya Mohd Shukri Seriban, juga 20, dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke sini untuk bekerja di restoran Kentuckey Fried Chicken.

Mohd Shukri yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alif Haiqal meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain