suria

Tindakan Kit Siang Terus Dikecam Pemimpin PKR

PETALING JAYA: Ahli-ahli komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas dan Parti Keadilan terus mengecam tindakan melampau beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bebas Perak ketika menghadiri konvensyen parti itu Ahad lalu.

Bekas ulamak PAS yang juga veteren politik Datuk Nakaie Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang sebagai tidak bertamadun dan tidak menghormati pihak yang berlainan parti atau fahaman dengannya.

Menurutnya, kebencian dan sifat marah yang ditonjolkan oleh pemimpin DAP tersebut bukan cara terbaik dan tidak mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

"Sekiranya terdapat pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap tindakannya itu, tidak mustahilah jika timbulnya isu-isu perkauman kerana melibatkan dua kaum di Malaysia.

"Sebagai pemimpin yang sudahpun menginjak usia separuh abad, adalah tidak patut dilakukan sebegitu dan beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda yang bakal mewarisi pimpinannya suatu hari nanti," katanya kepada mStar ketika dihubungi di sini hari ini.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memijak poster ADUN Jelapang, Hee Yit Fong; Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pula melompat poster tersebut berikutan tindakan ketiga-tiga ADUN berkenaan meninggalkan pakatan tersebut dan DAP.

Sementara itu, Azmin Ali selaku Naib Presiden Parti Keadilan ketika dihubungi mStar berkata, "Perkara seumpama ini tidak perlu ada di negara kita yang mementingkan perpaduan dan kemakmuran semua kaum.

"Tindakan yang diambil oleh pemimpin DAP itu semuanya bertitik tolak daripada pergolakan emosi dalamannya, sekali gus mendorongnya bertindak di luar kawalan diri."

Artikel Lain