suria

Polis Rampas Satu Kilogram Ganja, Tahan Dua Warga Thailand

LANGKAWI: Polis Langkawi menahan dua lelaki warga negara Thailand serta merampas satu kilogram ganja di Sungai Kilim di sini hari ini.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30an diberkas ketika sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Langkawi menyerbu sebuah bot kecil pada 2 petang tadi, kata Ketua Polis Langkawi Supt Ishak Hassan.

Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan, dua lelaki itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan. BERNAMA

Artikel Lain