Nik Aziz Patut Mengaku Salah - Hishammuddin - Semasa | mStar

Nik Aziz Patut Mengaku Salah - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat seharusnya mengaku membuat kesilapan dengan meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu.

Beliau berkata daripada berdolak-dalik dan cuba mempertahankan apa yang dikatakannya itu, adalah lebih baik bagi Nik Aziz mengaku salah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

"Saya tengok dia sekarang cuba berdolak-dalik. Rata-rata orang ramai kata (apa yang Nik Aziz katakan itu) memang tidak wajar, tidak layak, tidak perlu dan tidak harus diluahkan oleh seorang pemimpin ulama.

"Tapi kebelakangan ini beliau cuba memperjelaskan apa yang diluahkan itu. Dah silap mengaku sajalah kalau terlanjur kerana hal-hal sebegini banyak berkisar kepada hubungan kita seumat dan sebangsa," katanya kepada pemberita.

Hishammuddin berkata sama seperti kes memijak gambar wakil rakyat oleh pemimpin pakatan pembangkang di Perak, perkara-perkara sebegitu adalah bertentangan dengan nilai masyarakat dan akhirnya rakyat akan menolak.

"Saya sendiri tak tergamak mendoakan sebegitu rupa kepada musuh yang paling dahsyat apa lagi agama kita tak mengajar kita melakukan sebegitu rupa," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Anwar puas hati pendirian Tun M