SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009 - Semasa | mStar

SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.

"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang," menurut kenyataan itu.

Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

"SPR memohon kerjasama manamana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

"Wariswaris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke manamana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-88856500, manamana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia